Isk.. isk.. isk.. Bulan ni banyak nak pakai duit le, bil api, bil air, duit rumah, kereta, makan, anak-anak sekolah, tiusyen diorang, hutang cekik maut (Court) lagi, hutang Seng Heng lagi...
Duit MakAyah -
Adus... cuma dapat bagi RM100.00 je le. Budget takat tu je yang boleh. Niat hati memang nak bagi lebih, dapat RM500 ke RM1000 ke kan ke bagus. Lapang perut mak aku mengandungkan aku 9 bulan. Tapi nak buat macam mana dah memang banyak tu je yang boleh.
Derma Surau -
Benda ni bagus untuk akhirat, tapi apa boleh buat, takat RM10 je yang aku boleh bagi. Kalau dapat bagi lebih kan bagus. Ni kan saham akhirat. Lagipun kalau surau buat apa-apa dengan duit tu, ramai kengkawan yang seagama dengan aku boleh gunakan kemudahan tu.
Duit Zakat Pendapatan -
Isk, cakap pasal zakat pendapatan, nasib baik aku buat potong gaji RM30 sebulan. Kalau tak, dah sah tak terbayar nyer zakat pendapatan aku tu. Kalau le aku ade duit lebih, dapat bagi lebih banyak kan ke bagus. Ramai anak yatim, fakir miskin atau sesiapa yang layak terima duit zakat ni boleh menggunakan kemudahan ni.
Balik Kampung -
Dah 4 bulan aku tak balik kampung. Bukan tak nak balik bila mak aku telefon. Siapa yang tak nak balik kampung beb. Boleh jumpa emakayah, adik beradik, kawan-kawan, ayam itik dan macam-macam lagi le. Tapi nak buat macam mana duit asyik tak cukup je.
Shopping -
Kesian aku nengok kat anak-anak dan isteri aku. Asyik pakai baju sama je dah dekat setahun. Tu pun beli masa dapat bonus yang lepas. Kalau tak memang tak terbelinya baju tu.
Jadi itulah antara persoalan-persoalan yang sering bermain dibenak saya hampir setiap hari. Bukan tak nak selesaikan masalah tu, tapi tak tahu nak buat macam mana. Ramai kengkawan yang ajak join direct selling. Saya pun join jugak tapi masalah nyer saya kena banyak korbankan masa saya. Masa dengan anak makin kurang dan ada kengkawan saya yang sanggup berhenti kerja untuk buat direct selling tu. Bukan tak sanggup nak berhenti kerja, tapi matlamat saya nak join untuk tambah pendapatan bukan hilang pendapatan. Dan satu lagi masa anak-anak saya kecik ni, mase ni le saya kena lebihkan masa dengan diorang. Nanti kalau diorang dah besar dah sah diorang ade kawan diorang sendiri dan dah tentu diorang yang tak ada mase dengan saya. Sebab tu le saya tak boleh nak buat direct selling sepenuh masa. Saya pasrah, namun niat untuk berjaya tak pernah padam dalam hati saya.
Dengan izin Allah dan mungkin aturan atau takdir yang telah tertulis di Loh Mahfuz, saya telah diperkenalkan satu sistem pelaburan yang amat menakjubkan oleh kawan saya. Melalui beliau saya telah dijumpakan dengan salah seorang "founder" dari Malaysia dalam bisness pelaburan iaitu Encik Annuar Hassan. Sebelum-sebelum ni, kalau saya dijumpakan dengan tokoh-tokoh yang berjaya dalam bisness direct selling pastinya Kemeja, blazer dan tali leher menjadi pakaian rasmi diorang dan itulah gambaran yang saya lihat pada Encik Annuar sebelum saya berjumpa dengan beliau. Namun setelah saya berjumpa dengan beliau saya amat kagum dengan kesederhanaan yang beliau tampilkan walaupun pertemuan itu dibuat disebuah hotel bertaraf 5 bintang. Macam tak percaya orang yang baru bersalam dengan saya itu adalah seorang jutawan. Subhanallah.
Beliau telah memberi penerangan lebih lanjut tentang sistem pelaburan ni dan dengan keizinan Allah juga beliau telah membenarkan saya melihat salah satu akaun beliau yang mana beliau menerima pendapatan sebanyak USD$1,200.00 sehari. "SEHARI!!!", ye sahari, bukan sebulan, bukan setahun tapi sehari. Tapi itulah pendapatan beliau setelah berhempas pulas selama 2 tahun. Saya amat kagum dengan kesederhanaan yang beliau tunjukkan walaupun pendapatan yang beliau terima amat menakjubkan.
Namun itulah hakikatnya yang harus saya terima dan jadikan inspirasi. Bukan niat saya ingin menandingi beliau sebab itu memang rezeki yang telah ditetapkan untuk beliau. Namun kalau saya berusaha tak mustahil saya juga boleh mendapat rezeki sebanyak tu dengan keizinan Allah. Kalau tak dapat yang sama dapat 10% pun sudah cukup baik bagi saya.
Apa yang ingin saya nasihatkankan adalah, sebelum menceburi bidang ini ada baiknya saudara/ri membuat Sembahyang Istikharah terlebih dahulu untuk mendapat petunjuk daripada Allah. Sesungguhnya rezeki yang kita terima semuanya datang dari Allah dan biarlah Allah yang memimpin dan memberi petunjuk sebelum kita membuat sesuatu. Setiap amal itu bermula dengan niat.
Banyakkan amalan baca doa seribu dinar (Wamanyyattakillah) dan bacaan masa sujud Sembahyang Istikharah (Subhankala ilmalana) kemudian disambung dengan doa. Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami, pasangan kami, anak-anak kami, keturunan kami dan ibubapa kami ya Allah hambaMu yang beriman, beramalsoleh, bertaqwa, beristiqamah dan ikhlas ya Allah. Ya Allah, kalau rezeki kami ada dilangit, turunkanlah kepada kami, kalau rezeki kami ada dibumi keluarkanlah kepada kami dan kalau rezeki kami ada disekeliling kami, permudahkanlah ia untuk kami. Wassallahu....(seterusnya selawat atas Nabi). Selebihnya bertawakkal kepada Allah.

No comments:
Post a Comment